soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Info Korporat Profil Fungsi & Kuasa IKM

FungsiKuasa
Akta Maktab Kerjasama (Perbadanan) 1968 (Pindaan) 2011 [Akta A1398] telah memperuntukkan IKM sebagai sebuah institusi yang berfungsi untuk membangun dan mengembangkan latihan dan pendidikan koperasi di negara ini.

Fungsi IKM ialah:

  1. Menyediakan kursus dalam bidang koperasi & penganugerahan diploma;
  2. Percetakan dan penerbitan dalam bidang koperasi;
  3. Usaha sama dengan IPT/ badan professional dalam dan luar negara bagi menjalankan kursus koperasi;
  4. Penyelidikan Bidang Koperasi;
  5. Khidmat perundingan koperasi;dan
  6. Menasihati Menteri.
  1. Menganugerahkan Diploma, Sijil dan setaraf dengannya kepada orang yang telah mengikuti kursus pengajian yang diluluskan oleh Institut dan telah memenuhi apa-apa kehendak lain yang ditentukan oleh Lembaga atau yang telah ditetapkan;
  2. Mengadakan dan menganugerahkan biasiswa, dermasiswa, pingat, hadiah, dan bentuk-bentuk kepujian lain, anugerah atau bantuan berkenaan dengan latihan, pendidikan dan aktiviti-aktiviti lain yang ada di Institut;
  3. Memberikan pinjaman atau bantuan kewangan kepada pelajar yang patut menerimanya mengikut apa-apa terma dan syarat yang diluluskan oleh Lembaga;
  4. Memasarkan dan/ atau mengkomersialkan perkhidmatan, hasil penyelidikan dan keluaran Institut;
  5. Menuntut dan menerima apa-apa fi yang ditentukan oleh Lembaga atau apa yang ditetapkan dari semasa ke semasa;
  6. Melakukan apa-apa perbuatan atau perkara sama ada bersampingan dengan atau sebagai pematuhan kepada kuasa tersebut, yang dibuat bagi meningkatkan pendidikan, latihan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan disiplin di IKM; dan
  7. Menubuhkan atau menggalakkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Act 125] untuk menjalankan atau terlibat dalam sebarang aktiviti yang dirancang atau dilaksanakan oleh IKM dengan persetujuan Kementerian Kewangan.
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?