soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:

Pengenalan

IKM Zon Selatan ditubuhkan sebagai nadi kemenjadian koperator dan usahawan dalam pembangunan modal insan zon selatan. IKM Zon Selatan mula beroperasi di bangunan Kerjasama Jalan Dhoby, Johor Bahru pada penghujung tahun 2009.

April 2018, IKM Zon Selatan telah berpindah ke pejabat baharu beralamat di No. 3 Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru UDA, 81200 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim. Pejabat baharu ini menempatkan pejabat pengarah, pegawai, pengurusan serta mempunyai bilik kuliah, makmal komputer, bilik sumber dan dewan makan.

Fungsi

  1. Menjadi tunjang pembangunan modal insan zon selatan meliputi Negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
  2. Memperkukuhkan jati diri koperasi
  3. Membimbing anggota koperasi serta usahawan untuk meningkatkan perniagaan
  4. Mengekalkan kecemerlangan perkhidmatan kreatif, efektif dan berorientasikan pelanggan

Program Latihan

IKMZS menyedia dan melaksana latihan dan pendidikan yang relevan serta menepati keperluan semasa gerakan koperasi. Selain daripada kursus jangka pendek, IKMZS juga berperanan meningkatkan kemahiran pengurusan pemimpin, usahawan dan tenaga kerja koperasi melalui program latihan, khidmat nasihat, bimbingan dan konsultasi

Kemudahan

sewa

BILIK KULIAH

bilikkuliah1

IKM Zon Selatan dilengkapkan dengan sebuah bilik kuliah terletak di Tingkat 2, bersebelahan dengan bilik sumber (perpustakaan mini), surau dan tandas wanita. Bilik kuliah berhawa dingin ini dilengkapi 1 unit komputer untuk kegunaan tenaga pengajar, PA sistem, LCD projektor + skrin, ‘glass whiteboard’, papan putih, air minuman dan WiFi untuk capaian internet bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran peserta kursus.

Bilik kuliah ini boleh memuatkan maksimum 55 orang peserta pada satu-satu masa. Bilik kuliah ini boleh disewa sekiranya tiada pertindihan dengan kursus “in-house” IKM dengan kadar seperti berikut :

Jenis Sewaan Kadar Sewa (Koperasi/Agensi kerajaan) Kadar Sewa (Swasta) Keterangan
Bilik Kuliah RM 300.00 RM 400.00 Tempoh Sewaan : 5 jam
Kadar Tambahan RM 50.00 RM 50.00 Untuk 1 Jam Berikutnya
Pakej Makan & Minum RM25.00(Seorang/sehari) RM25.00(Seorang/sehari) Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum Petang

MAKMAL KOMPUTER

makmalkomputer

IKM Zon Selatan mempunyai sebuah makmal komputer berhawa dingin yang dilengkapi 30 buah komputer termasuk sebuah komputer tenaga pengajar. Makmal ini khususnya digunakan untuk peserta-peserta yang menghadiri kursus komputer anjuran IKM.

Makmal ini dilengkapi sistem multimedia dan kemudahan Internet untuk kegunaan para peserta yang menghadiri kursus-kursus komputer. Disamping itu juga, kemudahan di makmal ini dilengkapi PA sistem, projektor LCD + skrin, papan putih, air minuman dan WiFi untuk capa-ian internet.

Kemudahan makmal ini boleh disewa oleh pihak luar sekiranya tiada aktiviti yang dijalankan oleh IKM. Kadar sewaan adalah seperti berikut :

Jenis Sewaan Kadar Sewa (Koperasi/Agensi kerajaan) Kadar Sewa (Swasta) Keterangan
Makmal Komputer RM 350.00 RM 450.00 Tempoh Sewaan : 9 jam
Komputer/PC RM 25.00/unit/sehari RM 25.00 Bilangan Komputer : 30 unit
Pakej Makan & Minum RM25.00(Seorang/sehari) RM25.00(Seorang/sehari) Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum Petang

 

DEWAN MAKAN

SRI SELATAN

DMsriselatan

IKM Zon Selatan menyediakan sebuah dewan makan berhawa dingin untuk peserta kursus iaitu Dewan Sri Selatan yang boleh menampung 50 orang dalam satu masa.

 

Saiz

:

46’ x 18’

Lokasi

:

Tingkat Bawah

Kapasiti

:

50 Orang

Peralatan & Kelengkapan :

Kerusi : 50 Unit

Meja Makan : 10 Unit

Berhawa dingin, tandas, TV (Astro) & kemudahan WiFi.

 

Kadar sewaan penggunaan Dewan Makan Sri Selatan adalah seperti berikut :

Jenis Sewaan Kadar Sewa (Koperasi/Agensi kerajaan) Kadar Sewa (Swasta) Keterangan
Dewan Makan RM 300.00 RM 400.00 Tempoh Sewaan : 1 hari
Pakej Makan & Minum RM25.00(Seorang/sehari) RM25.00(Seorang/sehari) Minum Pagi
Makan Tengahari
Minum Petang
Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Institut Koperasi Malaysia Zon Selatan
No 3, Jalan Padi Emas 1/8, 
Bandar Baru UDA, 
81200 Johor Bahru,
Johor.

 07-207 5559   07-234 2021
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook Rasmi Zon Selatan Instagram Rasmi Zon Selatan Twitter Rasmi Zon Selatan https://wa.me/60125188984 Youtube Channel Zon Selatan Laman Rasmi Zon Selatan
Location Map
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?