Pusat Kewangan dan Akaun (PKA) memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat kecemerlangan pendidikan koperasi menerusi peningkatan ilmu pengetahuan dan menambah nilai kualiti latihan yang disediakan. Kursus-kursus di Pusat ini direka bentuk untuk mengasah kemahiran Anggota Lembaga Koperasi, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi, Kakitangan Kewangan, Anggota-anggota Koperasi dan individu-individu yang berminat dalam ilmu perakaunan dan kewangan.