soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Soalan Lazim
Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)Kursus Luar KampusKursus Dalam KampusKursus WajibProgram Kursus Jangka PanjangKhidmat Nasihat & PenyelidikanPembayaran KursusKemudahan Asrama

Apakah syarat umur untuk mengikuti Kursus Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) anjuran IKM

Syarat umur untuk mengikuti kursus Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) anjuran IKM adalah diantara 26-45 tahun.

Apakah syarat minimum untuk mengikuti program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) anjuran IKM

Syarat minimum adalah seperti berikut :

  • Dicalonkan oleh pihak kerajaan.
  • Pengalaman dalam sektor koperasi minimum 3 tahun.
  • Pengalaman bekerja di sektor kerajaan minimum 3 tahun.
  • Bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik.
  • Tidak pernah menghadiri mana-mana kursus program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) di Malaysia sebelum ini.

Apakah bidang kursus yang ditawarkan oleh pihak IKM untuk Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)?

Bidang kursus yang ditawarkan adalah:

  • Certificate In Co-operative Microfinance

Bolehkah peserta dari Zon Timur menghadiri Kursus Luar Kampus di Zon Selatan?

Peserta boleh menghadiri kursus di zon selatan, bagaimanapun pihak IKM tidak akan membayar elaun perjalanan peserta tersebut.

Adakah pihak IKM menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta Kursus Luar Kampus?

Bergantung kepada situasi, keadaan dan perubahan dari semasa ke semasa. Buat masa ini IKM tidak menyediakan kemudahan penginapan kepada peserta.

Bolehkah IKM memberikan kursus khas kepada koperasi yang berminat?

Boleh dengan menulis surat permohonan kepada Pengarah IKM. IKM akan membiayai tenaga pengajar manakala perbelanjaan lain ditanggung oleh koperasi.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk mengikuti Kursus Luar Kampus?

Setakat ini tidak ada bayaran dikenakan untuk mengikuti kursus luar kampus bagi kategori kursus wajib. Bagi kursus lain contohnya kursus dalam Bidang Keberhasilan; kadar bayaran adalah bergantung kepada kursus yang dimohon.

Bolehkah Koperasi bergabung untuk menjalankan satu kursus luar?

Koperasi boleh bergabung untuk menjalankan satu kursus luar (Program Anjuran Bersama MKM Koperasi atau Agensi).

Berapakah jumlah minimum peserta yang perlu hadir untuk menjalankan Kursus Luar?

Jumlah minimum peserta yang perlu hadir adalah seramai 30 orang.

Apakah prosedur untuk mengikuti Kursus di IKM?

Semua permohonan kursus hendaklah melalui borang yang perlu disahkan oleh Koperasi masing-masing. Jika kakitangan kerajaan hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua jabatan tersebut. Peserta yang pernah hadir ke IKM boleh mengisi borang permohonan dalam talian (online) di Portal Rasmi IKM. Borang permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh kursus.

Bolehkah anak anggota memohon kursus di IKM?

Kursus yang diperuntukan oleh MKM adalah hanya untuk anggota sahaja. Jika anak anggota merupakan ahli koperasi maka beliau layak untuk memohon kursus di IKM. Jika bukan ahli maka akan dikenakan bayaran.

Bolehkah anggota koperasi terdiri daripada kakitangan awam memohon pelepasan cuti tanpa rekod?

Kakitangan awam layak memohon pelepasan cuti tanpa rekod menghadiri kursus di MKM selaras dengan Perintah Am Bab C.

Jika peserta yang telah mendaftar tidak hadir, bolehkah diganti dengan peserta lain?

Boleh dengan syarat mengemukakan surat daripada Koperasi kepada MKM dan menyatakan pegawai yang akan menggantikan pegawai yang tidak hadir.

Bolehkah IKM memberikan kursus mengenai kefahaman anggota kepada kalangan guru-guru?

IKM ada memberi kursus kepada guru-guru dan koperasi boleh menulis surat terlebih dahulu untuk memanggil IKM memberikan ceramah.

Adakah penyertaan kursus secara 'Walk In' dibenarkan?

Tidak Boleh. Selaras dengan Manual Kualiti ISO 9001: 2015 semua permohonan kursus hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kursus bermula. Peserta diminta untuk membawa surat tawaran kursus semasa hari pendaftaran.

Tiada soalan lazim untuk kategori ini.
Tiada soalan lazim untuk kategori ini.

Adakah Khidmat Konsultasi IKM dikenakan bayaran?

Yuran pendaftaran khidmat nasihat dan konsultasi MKM adalah sebanyak RM50 bagi setiap permohonan. Caj tambahan akan dikenakan mengikut keadaan dan jenis permasalahan koperasi.Bagi koperasi yang berminat boleh mengisi permohonan ke IKM.

Apakah bidang khidmat nasihat dan konsultasi yang ditawarkan?

Bidang meliputi pentadbiran, pengurusan kewangan, teknologi maklumat & komunikasi, perancangan strategik dan perniagaan koperasi.

Adakah Khidmat Nasihat & Konsultasi yang dikendalikan oleh IKM dibuat secara turun padang ke koperasi berkenaan?

Khidmat nasihat dan konsultasi yang dijalankan oleh IKM adalah mengikut keperluan dan permintaan. Pegawai Perunding IKM boleh mengendalikan khidmat nasihat tersebut di IKM dan juga di premis koperasi tersebut.

Adakah hasil penyelidikan yang dijalankan oleh IKM akan diterbitkan dan diedarkan kepada Koperasi?

Penerbitan penyelidikan IKM tidak diedarkan kepada koperasi, tetapi hasil penyelidikan MKM akan dikongsi dan dibentangkan dalam seminar penyelidikan yang diadakan setiap tahun. Hasil penyelidikan juga akan diterbitkan dalam bentuk jurnal dan monograf.

Di manakah bahan-bahan penerbitan penyelidikan IKM boleh diperoleh untuk rujukan pihak koperasi?

Pihak koperasi boleh mendapatkan bahan-bahan penerbitan penyelidikan di perpustakaan IKM. Selain itu, bahan seperti Jurnal dan Monograf boleh dibeli secara tunai di Pusat Penyelidikan dan Konsultasi (CRC) atau Coopmart IKM.

Berapakah kadar yuran pendaftaran kursus di IKM?

Kadar yuran pendaftaran / pengajian adalah seperti berikut :

Kursus Wajib Tiada bayaran dikenakan
Kursus Wajib Dalam Talian (VLMS) RM50 (sekali daftar)
Kursus Pengurusan dan Teknikal RM30
Kursus Bidang Keberhasilan RM50 – RM400
Bicara Ilmu Tiada bayaran dikenakan
Bicara Profesional, Seminar & Konvensyen RM50 – RM200

Jika peserta menghadiri kursus Pengurusan dan Teknikal - bidang Teknologi Maklumat (IT) caj / yuran tambahan sebanyak RM20 akan dikenakan kepada peserta.

Bolehkah yuran pengajian kursus (RM25) anjuran IKM dimansuhkan?

Tidak. Yuran Pendaftaran / pengajian adalah sebagai komitmen peserta untuk hadir kursus di IKM.

Adakah Yuran Pendaftaran dipulangkan jika peserta tidak terpilih?

  • Jika peserta tidak terpilih oleh MKM, maka yuran pendaftaran akan dipulangkan.
  • Jika peserta dipilih tetapi tidak hadir maka yuran pendaftaran tidak akan dipulangkan semula kecuali peserta tersebut memaklumkan kepada pihak MKM terlebih dahulu

Adakah pihak IKM menerima pembayaran yuran bagi lebih dari satu kursus melalui satu cek?

Ya, pihak IKM menerima pembayaran yuran bagi lebih dari satu kursus melalui satu cek.

Bolehkah peserta menukar kursus sedangkan pembayaran yuran melalui cek telah dibuat untuk kursus yang lain?

Peserta boleh menukar kursus walaupun pembayaran dibuat untuk kursus yang lain.

Bolehkah kemudahan IKM disewakan kepada penyewa luar dan digunakan pada bila-bila masa?

Kemudahan asrama IKM boleh disewakan kepada penyewa luar bergantung kepada kekosongan dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Pemohon boleh mengemukakan surat kepada Pengurus Unit Fasiliti dan Sajian mengenai kadar dan tarikh penyewaan tersebut.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?