soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Koperator Khidmat Perundingan

Pengenalan

Institut Koperasi Malaysia (IKM) ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan, maklumat dan latihan kepada koperasi dan koperator secara formal dan tidak formal. Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan pendidikan secara tidak formal yang diterapkan oleh IKM kepada koperasi dan koperator.

Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turun ke akar umbi koperasi bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan eleman setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Garis Panduan, Aturan dan lain-lain peraturan.

Pendekatan Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat ialah membantu koperasi ke arah penambahbaikan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran dengan kaedah yang bersesuaian dengan koperasi dalam keadaan semasa. Selain itu, Khidmat Konsultasi dan Khidmat Nasihat merupakan salah satu fungsi yang telah ditetapkan dalam Akta IKM dan perlu diketengahkan selaras dengan perkembangan dan perubahan gerakan koperasi masa kini.

Bidang Yang Ditawarkan

Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya.

Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti di atas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut. Oleh itu pihak Pusat Konsultasi Koperasi menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

  • Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  • Perakaunan dan  Kewangan Koperasi
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Perniagaan Koperasi (Rancangan Perniagaan)
  • Perancangan Strategik

Carta Alir Permohonan

carta alir permohonan

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut: -

PUSAT PENYELIDIKAN & KONSULTASI
Institut Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya

 03-7964 9000    03-7954 3957 
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?