soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:

Pengenalan

IKM Zon Tengah merupakan zon baharu yang diwujudkan pada tahun 2016 selaras dengan Transformasi IKM yang menawarkan program latihan atau kursus dalam bidang keberhasilan utama yang dinyatakan dalam Dasar Koperasi Negara (DKN 2011-2020).

Fungsi

Selain daripada Kursus Wajib, fokus IKM Zon Tengah adalah kepada kursus Pengurusan dan Teknikal, Bicara Profesional, Seminar dan Program MiRiCLe. Bagi meningkatkan kompetensi setiausaha koperasi, program Sijil Profesional Setiausaha Koperasi turut ditawarkan di bawah Zon Tengah.

Selain melaksanakan kursus, Zon Tengah juga berperanan memberikan khidmat nasihat, membangunkan kajian kes, menghasilkan penulisan dan juga penyelidikan yang berkaitan dengan bidang tumpuan yang dinyatakan.

Program Latihan

Bidang tumpuan kursus-kursus yang ditawarkan di bawah Zon Tengah meliputi apspek pengurusan dan pentadbiran koperasi, perundangan koperasi dan kepimpinan koperasi. Peranan utama Zon Tengah adalah untuk melaksanakan dan memperkasa Kursus Wajib 1 : Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi.

Dengan adanya Kursus Wajib ini, ia dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada ALK dan JAD tentang kepentingan integriti dan tugas fidusiari yang diamanahkan kepada mereka. Jajahan atau liputan Zon Tengah adalah merangkumi tiga buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Selangor dan Perak Tengah.

Hubungi Kami:

Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh hubungi maklumat seperti di bawah:

Zon Tengah
Institut Koperasi Malaysia,
103, Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya,
Selangor.

 03-7964 9069   03-7954 3957
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Klik Carta Paparan Penuh

 Facebook Rasmi Zon Tengah IKM
Peta Lokasi
Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?