soalan lazim  hubungi kami   aduan dan maklum balas   peta laman
W3C

Pilihan W3C

Pilihan Warna: red  merah  kuning
Saiz Tulisan:
A- A A+
Jenis Tulisan:
Laman Utama Awam Penerbitan Panduan Penerbitan

Demensi KOOP

Majalah berbentuk separa ilmiah ini diterbitkan empat kali setahun untuk memberi ruang kepada warga IKM, warga koperasi, agensi dan individu yang berminat untuk mengetengahkan pelbagai isu berkaitan dengan gerakan koperasi.

Proses Penerbitan Dimensi Koop:

  1. Skop penulisan meliputi aspek teori, aplikasi dan isu-isu kontemporari berkaitan dengan koperasi.
  2. Isu yang dibincangkan mestilah terbaru, terkini dan mengikuti perkembangan semasa.
  3. Dimensi Koop diterbitkan empat kali setahun iaitu pada keluaran Mac, Jun, Sept, Dis
  4. Artikel boleh dihantar dalam bentuk soft copy ke alamat e-mel seperti berikut:

    Unit Komunikasi Korporat (UKK)
    Institut Koperasi Malaysia
    103,Jalan Templer
    46700 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan.

    E-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    Tel: 03-7964 9155

  5. Setiap artikel yang telah dihantar akan melalui proses penilaian oleh sidang redaksi Dimensi Koop melalui mesyuarat yang akan diadakan selepas kesemua artikel dikumpulkan. Sidang redaksi akan memberi ulasan dan cadangan bagi penambahbaikan untuk setiap artikel.
  6. Sidang redaksi berhak menolak mana-mana artikel yang difikirkan tidak bersesuaian dengan konsep Dimensi Koop.

Malaysian Journal of Co-Operative Studies

Jurnal ini diterbitkan sekali dalam setahun dan objektifnya adalah untuk membolehkan perkongsian ilmu berkaitan dengan gerakan koperasi berdasarkan penyelidikan dan pendapat serta ulasan asli mengenai isu-isu yang melibatkan gerakan koperasi di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Ia terbuka kepada semua institusi pengajian tinggi dan individu yang berminat.

Garis Panduan Penulisan MJCS

  1. Bahasa Penulisan: Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  2. Format Artikel: Panjang artikel adalah tidak melebihi 25 muka surat, ditaip dengan menggunakan format MS Words, selang 2 langkau dan menggunakan fon Times New Roman serta bersaiz huruf 12.
  3. Abstrak Artikel: Ringkasan artikel yang tidak melebihi 200 patah perkataan hendaklah disertakan dalam satu muka surat yang berasingan. Penulis yang menulis artikel di dalam Bahasa Melayu dikehendaki juga menyediakan abstrak di dalam Bahasa Inggeris.
  4. Pemaparan Artikel: Penulis digalakkan untuk membahagikan penulisan kepada tajuk-tajuk kecil yang bersesuaian. Semua rujukan yang digunakan hendaklah disenaraikan pada muka surat akhir artikel dan perlu mengikut format yang digunakan dalam Publication Manual of the American Psychological Association (APA).
  5. Rajah/Jadual: Setiap rajah dan jadual di dalam artikel perlu dilabelkan dengan jelas.
  6. Latar Belakang Penulis: Penerangan ringkas mengenai latar belakang penulis seperti nama penuh penulis/penulis-penulis, alamat semasa penulis/penulis-penulis, jawatan penulis/penulis-penulis, taraf pendidikan dan pengalaman penulis/penulis-penulis perlu disediakan.
    Sumbangan artikel dan jurnal (hard copy dan soft copy ) hendaklah dihantar ke alamat di bawah:

Pusat Penyelidikan dan Konsultasi
Institut Koperasi Malaysia
103, Jalan Templer
46700,Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal IKM memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?